Selasa, 19 Oktober 2021 | 11:04pm
Aliran trafik sesak lebih dua kilometer dari arah pantai timur menuju ke Plaza Tol Gombak berikutan orang ramai yang balik ke kampung mula pulang semula ke ibu kota selepas berakhir cuti hujung minggu dan cuti umum Maulidur Rasul ketika tinjauan kira-kira jam 8 malam ini. - Foto BERNAMA

Aliran trafik menuju ibu negara semakin meningkat

KUALA LUMPUR: Pemantauan oleh Pusat Pengurusan Trafik Lebuh Raya Malaysia (LLM) sehingga malam ini mendapati, berlaku peningkatan jumlah trafik di lebuh raya utama khususnya di bahagian Timur,

Namun, keadaan aliran trafik masih lagi lancar dan terkawal di laluan utama lebuh raya.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Pusat Pengurusan Trafik LLM, tinjauan LLM mendapati peningkatan jumlah trafik yang ketara adalah di Lebuhraya KL-Karak.

"Ia dapat dilihat di Plaza Tol Gombak menghala ke pusat bandar dengan keadaan trafik mulai perlahan sepanjang sembilan kilometer menuju ke Plaza Tol Gombak.

"Pertambahan trafik berikutan orang ramai bergerak dari Genting Highlands dan Pantai Timur menuju pulang ke destinasi masing-masing di ibu kota," katanya menerusi kenyataan tadi.

Katanya, berdasarkan trend semasa aliran trafik itu, pihak LLM menjangkakan peningkatan aliran trafik berterusan sehingga lewat malam.

Oleh itu, pengguna dinasihatkan untuk pandu dengan cermat dan awasi jarak kenderaan.

Aliran trafik sesak lebih dua kilometer dari arah pantai timur menuju ke Plaza Tol Gombak berikutan orang ramai yang balik ke kampung mula pulang semula ke ibu kota selepas berakhir cuti hujung minggu dan cuti umum Maulidur Rasul ketika tinjauan kira-kira jam 8 malam ini. - Foto BERNAMA
Aliran trafik sesak lebih dua kilometer dari arah pantai timur menuju ke Plaza Tol Gombak berikutan orang ramai yang balik ke kampung mula pulang semula ke ibu kota selepas berakhir cuti hujung minggu dan cuti umum Maulidur Rasul ketika tinjauan kira-kira jam 8 malam ini. - Foto BERNAMA

"Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut mengenai situasi trafik di lebuh raya, pengguna boleh menghubungi hotline LLM di talian 1800-88-7752 atau mengikuti perkembangan trafik dari semasa ke semasa di Twitter kami di LLM-INFO-TRAFIK dan juga Facebook LLM," katanya.

Difahamkan, aliran trafik yang meningkat dipercayai kepulangan warga kota selepas menziarahi keluarga di kampung halaman dengan menyambung cuti hujung minggu hingga cuti umum hari ini sempena sambutan Maulidur Rasul.

Aliran trafik sesak lebih dua kilometer dari arah pantai timur menuju ke Plaza Tol Gombak berikutan orang ramai yang balik ke kampung mula pulang semula ke ibu kota selepas berakhir cuti hujung minggu dan cuti umum Maulidur Rasul ketika tinjauan kira-kira jam 8 malam ini. - Foto BERNAMA
Aliran trafik sesak lebih dua kilometer dari arah pantai timur menuju ke Plaza Tol Gombak berikutan orang ramai yang balik ke kampung mula pulang semula ke ibu kota selepas berakhir cuti hujung minggu dan cuti umum Maulidur Rasul ketika tinjauan kira-kira jam 8 malam ini. - Foto BERNAMA

Berita Harian X