Rabu, 22 September 2021 | 7:17pm
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Negeri Sembilan, Pahang, Johor beralih fasa PPN

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini bersetuju membenarkan peralihan fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) bagi Negeri Sembilan, Pahang dan Johor, berkuat kuasa 24 September.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga pengerusi jawatankuasa khas berkenaan, berkata Negeri Sembilan beralih daripada Fasa 3 kepada Fasa 4, manakala Pahang daripada Fasa 2 kepada Fasa 3 dan Johor daripada Fasa 1 kepada Fasa 2.

"Peralihan fasa ini mengikut garis panduan yang ditetapkan PPN dengan mengambil kira kemasukan ke hospital bagi kes bergejala, penggunaan katil unit rawatan rapi (ICU) serta peratusan lengkap divaksinasi.

"Keputusan ini juga dilakukan berdasarkan penilaian risiko semasa yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi negeri-negeri yang memasuki Fasa 2, 3 dan 4 adalah sama dengan sebelum ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Keterangan SOP terkini akan dikemaskini oleh MKN di laman sesawang rasmi www.mkn.gov.my.

Berita Harian X