Khamis, 9 September 2021 | 6:35pm
 Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Hishamshah Mohd Ibrahim
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Hishamshah Mohd Ibrahim

KKM kaji guna ubat lain rawat pesakit COVID-19

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji penggunaan ubat-ubatan selain Baricitinib untuk merawat pesakit COVID-19 di negara ini.

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal), Datuk Hishamshah Mohd Ibrahim, berkata ubat-ubatan itu akan menjadi sebahagian daripada kumpulan ubat yang kini digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 dalam kategori kritikal.

"Ia menjadi satu cabaran kepada kita, namun Malaysia secara aktif terbabit dalam banyak ujian klinikal untuk rawatan COVID-19 dan mengambil bahagian dalam Ujian Solidariti untuk Rawatan COVID-19 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

"Kita juga sedang menggunakan Baricitinib, sejenis ubat baharu dan kita sedang mengkaji penggunaan ubat-ubatan lain yang mungkin mendapat kebenaran penggunaan di bawah Kebenaran Penggunaan Kecemasan (EUA) dalam masa terdekat, malah kita sedang berbincang mengenai perkara itu dengan pihak pengeluar," katanya pada sesi dialog Sidang Kemuncak Pemulihan Negara, anjuran Institut Strategik Bagi Asia Pasifik KSI, hari ini.

Sementara itu, Dr Hishamshah berkata, KKM sedang meneliti kaedah untuk memudahkan golongan B40 mendapatkan kit ujian pantas antigen COVID-19. - BERNAMA

Berita Harian X