Sabtu, 28 Ogos 2021 | 7:48pm

Sarawak catat kadar kebolehjangkitan tertinggi

KUALA LUMPUR: Sarawak mencatat kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R-naught (Rt) tertinggi iaitu 1.23, diikuti Perlis (1.21) dan Sabah, 1.18.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata nilai Rt Malaysia semalam adalah 1.01.

Bagaimanapun enam negeri mencatat nilai Rt kurang 1.0 iaitu Melaka (0.99), Selangor (0.96), Kuala Lumpur (0.83), Negeri Sembilan (0.79), Putrajaya (0.78) dan Labuan (0).

"Rt di negeri lain adalah Pulau Pinang (1.13), Johor (1.08), Kelantan (1.06), Perak (1.06), Kedah (1.04), Terengganu (1.03) dan Pahang (1.01)," katanya.

Berita Harian X