Rabu, 28 Julai 2021 | 11:01pm
Mereka yang bekerja dalam pelbagai sektor industri berpusu-pusu datang dan beratur lebih dua kilometer sebelum boleh memasuki pekarangan KLCC. - NSTP/Aizuddin Saad

PPV KLCC dibanjiri pekerja warga asing

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan berlaku kesesakan warga asing di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Menara Berkembar Petronas (KLCC) seperti tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, kesesakan itu disebabkan beberapa majikan menghantar pekerja mereka ke PPV berkenaan.

"Ramai pekerja warga asing dari Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan akan dihantar ke PPV KLCC.

"Oleh itu, mohon majikan patuhi janji temu dan tidak menghantar pekerja terlalu awal ke PPV yang ditetapkan bagi mengelakkan kesesakan," katanya kepada media, hari ini.

Terdahulu, rakaman berdurasi 26 saat tular di media sosial menunjukkan warga asing beratur panjang di luar bangunan sehingga berlaku kesesakan.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan orang ramai terhadap penularan jangkitan COVID-19.

Anggota polis mengawal sebahagian pekerja asing yang beratur panjang untuk menerima suntikan vaksin di PPV KLCC. - NSTP/Aizuddin Saad

Sebahagian pekerja asing beratur untuk menerima suntikan vaksin di PPV KLCC. - NSTP/Aizuddin Saad

Mereka yang bekerja dari pelbagai sektor industri beratur seawal jam 10 pagi selepas mendapat notifikasi melalui aplikasi MySejahtera untuk temujanji hari ini. - NSTP/Aizuddin Saad

Ribuan pekerja asing beratur panjang sejauh hampir 2 kilometer untuk menerima suntikan vaksin di PPV KLCC. - NSTP/Aizuddin Saad

Polis mengesahkan berlaku kesesakan warga asing di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Menara Berkembar Petronas (KLCC) seperti tular di media sosial. - Foto ihsan pembaca

Berita Harian X