Sabtu, 24 Julai 2021 | 10:30pm
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon. - Foto Google
Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon. - Foto Google

Mohd Rashid disahkan negatif COVID-19

KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon disahkan negatif COVID-19 selepas menjalani ujian saringan semalam.

Perkara itu disahkan Pegawai Komunikasi Strategik kepada Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Muhammad Afiq Mohd Hanif.

Difahamkan, Mohd Rashid antara tujuh Ahli Parlimen dan 35 kakitangan yang disahkan positif COVID-19 selepas ujian saringan COVID-19 dijalankan semalam.

Muhammad Afiq turut menafikan Mohd Rashid mempunyai kontak rapat dengan Ahli Parlimen, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 bagi Dewan Rakyat berlangsung lima hari bermula Isnin ini hingga 29 Julai dan 2 Ogos.

Berita Harian X