Khamis, 22 Julai 2021 | 11:01am

Syed Saddiq hadapi tuduhan kedua salah guna wang kempen

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman didakwa atas satu lagi pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini bagi kesalahan menyalahgunakan wang sumbangan berjumlah RM120,000 untuk kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan, Syed Saddiq, 29, antara 8 hingga 21 April 2018 secara curang menyalahgunakan wang sumbangan untuk PRU-14 berjumlah RM120,000 yang dikutip melalui akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise di Maybank Islamic Berhad, Taman Pandan Jaya, Kuala Lumpur.

Syed Saddiq hadir pada pendakwaan berhubung penyelewengan dana lebih RM1 juta wang peruntukan parti politik dan salah guna wang kempen RM120,000 di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - NSTP/Aizuddin Saad

Tian Chua bersama Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh. - Foto NSTP/AIZUDDIN SAAD
Tian Chua bersama Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh. - Foto NSTP/AIZUDDIN SAAD

Kesalahan dilakukan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih lima tahun, dan sebat serta denda.

Syed Saddiq mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan dan mohon dibicarakan.

Berita berkaitan:

  • Syed Saddiq didakwa pecah amanah wang parti RM1 juta
  • Syed Saddiq tiba di Mahkamah Sesyen
  • Syed Saddiq hadir pada pendakwaan berhubung penyelewengan dana lebih RM1 juta wang peruntukan parti politik dan salah guna wang kempen RM120,000 di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - NSTP/Aizuddin Saad
    Syed Saddiq hadir pada pendakwaan berhubung penyelewengan dana lebih RM1 juta wang peruntukan parti politik dan salah guna wang kempen RM120,000 di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. - NSTP/Aizuddin Saad
    Berita Harian X