X
Rabu, 21 Julai 2021 | 6:33pm
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Baricitinib cegah risiko beralih kategori 3 hingga 5

SHAH ALAM: Kementerian Kesihatan (KKM) menggunakan formulasi ubat baharu bagi mencegah risiko pesakit kategori 1 dan 2 daripada menghidapi radang paru-paru.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata maklumat berhubung peningkatan atau peralihan daripada pesakit kategori 1 kepada keadaan kesihatan yang lebih meruncing, iaitu kategori 3 hingga 5 adalah sangat dinamik.

Sehubungan itu, katanya, KKM sentiasa memantau dan mewajibkan pesakit membuat penilaian kesihatan kendiri menerusi aplikasi MySejahtera.

"Sekarang ini kita gunakan formulasi ubat baharu, iaitu dengan memberikan baricitinib, dengan kadar dua hingga empat miligram kepada individu yang disahkan positif COVID-19.

"Ubat ini bagi mencegah risiko peningkatan kepada kategori yang lebih teruk seperti 3, 4 dan 5," katanya pada sidang media, hari ini.

Terdahulu, beliau meninjau operasi kilang Pharmaniaga Berhad, di sini, dan menyaksikan penyerahan kelompok terakhir bekalan vaksin COVID-19 daripada syarikat farmaseutikal berkenaan.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Berita Harian X