Jumaat, 9 Julai 2021 | 8:12pm
Penguat kuasa memeriksa dokumen pekerja warga asing dalam Ops Pematuhan SOP PKP 3.0 di tapak pembinaan kondomunium di Bandar Baru Sentul. - Gambar hiasan NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM
Penguat kuasa memeriksa dokumen pekerja warga asing dalam Ops Pematuhan SOP PKP 3.0 di tapak pembinaan kondomunium di Bandar Baru Sentul. - Gambar hiasan NSTP/HAIRUL ANUAR RAHIM

Kilang tidak patuh SOP ditutup

KUALA LUMPUR: Sebanyak 56 kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarah tutup kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam pemeriksaan oleh pasukan Operasi Pematuhan, semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebanyak 83,031 pemeriksaan dilaksanakan termasuk melalui kaedah 'snap check' (pemeriksaan mengejut) di seluruh negara.

"Kerajaan mempertingkat penguatkuasaan secara menyeluruh dari segi pemeriksaan ke atas kilang dan premis perniagaan kerana terlalu banyak perlanggaran arahan kerajaan dan SOP yang diwartakan.

"Semalam Pasukan Task Force Operasi Pematuhan melakukan pemeriksaan ke atas 2,568 kilang, 16,960 premis perniagaan, 900 tapak pembinaan dan 379 asrama pekerja.

"Sebanyak 56 premis meliputi kilang, premis perniagaan dan tapak pembinaan diarahkan tutup kerana gagal mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan berkata, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) akan dikuat kuasa di Apartment Sri Rakyat, Bandar Bukit Jalil, Kuala Lumpur dan Blok 11 dan 12, Lorong 4, Taman Nuri, Sandakan, Sabah bermula esok.

Berita Harian X