Isnin, 5 Julai 2021 | 11:59am
Orang Kurang Upaya (OKU) cacat penglihatan Muhammad Mustaqim Ramlan, 30, (kanan) menerima suntikan vaksin COVID-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Gong Badak semalam. - Foto BERNAMA

8 peratus penduduk Malaysia lengkap suntikan vaksin

KUALA LUMPUR: Sebanyak 2,618,316 orang atau lapan peratus daripada populasi di negara ini sudah menerima suntikan dos kedua vaksin, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) menyasarkan 10 peratus daripada populasi negara akan memperoleh vaksinasi penuh menjelang pertengahan bulan ini, menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan pemberian dos vaksin setakat semalam sebanyak 9,006,715 dos dengan 2,618,316 adalah dos kedua.

"Bagi vaksinasi harian, sebanyak 206,015 dos diberikan semalam, membabitkan pemberian 127,385 dos pertama dan 78,630 dos kedua," katanya dalam hantaran Twitternya hari ini.

Dr Adham berkata, lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor (348,853), Sarawak (299,593), Kuala Lumpur (244,7090), Sabah (233,409) dan Kedah (193,575). - BERNAMA

Berita Harian X