Selasa, 29 Jun 2021 | 10:43am

Kadar Rt semalam meningkat kepada 1.0

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 meningkat kepada 1.0 semalam, berbanding 0.99 kelmarin.

Data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, melalui Facebook beliau, menunjukkan nilai Rt di seluruh negara kekal meningkat sejak empat hari lalu.

Kali terakhir negara mencatat Rt 1.0 ialah pada 5 Jun lalu.

Lima negeri mencatat nilai Rt melebihi purata kebangsaan, dengan Rt dicatatkan di Melaka, 1.10 diikuti Perak (1.08), Negeri Sembilan (1.07), Pahang (1.04) dan Selangor (1.02).

Terengganu kekal mencatat Rt terendah dengan nilai 0.65, diikuti Kelantan (0.80).

Nilai Rt merujuk tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Sekiranya nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Berita Harian X