Rabu, 16 Jun 2021 | 12:10am
Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara meningkat kepada 0.94 setakat hari ini berbanding 0.92 semalam, dengan Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan Rt tertinggi iaitu pada 1.05.

Labuan catat kadar Rt tertinggi

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian bagi seluruh negara meningkat kepada 0.94 setakat hari ini berbanding 0.92 semalam, dengan Wilayah Persekutuan Labuan mencatatkan Rt tertinggi iaitu pada 1.05.

Menerusi data dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di akaun Twitter beliau, Sabah merekodkan Rt kedua tertinggi pada 1.04 diikuti Negeri Sembilan (1.03) dan Sarawak (1.01).

Kelantan pula merekodkan Rt terendah iaitu 0.76.

Antara negeri lain yang mencatatkan bacaan di bawah satu ialah Kuala Lumpur (0.99), Johor (0.97), Selangor (0.96), Melaka (0.89), Pulau Pinang (0.86), Putrajaya dan Kedah (0.85), Perak (0.84), Pahang (0.82) dan Terengganu (0.80).

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan kes COVID-19, iaitu berapa ramai boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

– BERNAMA

Berita Harian X