Ahad, 13 Jun 2021 | 12:33pm

Pelan keluar pandemik COVID-19 dibentang seminggu lagi

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membentangkan Pelan Pemulihan Negara dalam tempoh seminggu akan datang sebagai persiapan untuk Malaysia keluar dari kemelut COVID-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata, pelan bersandarkan data, sains dan segala persiapan yang diperoleh dari sudut pengurusan pandemik, ekonomi dan program vaksinasi negara itu akan dibentangkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Muhyiddin beramah mesra dengan penduduk selepas melawat klinik vaksinasi bergerak di Projek Perumahan Rakyat Seri Johor, hari ini. - NSTP/Aswadi Alias
Muhyiddin beramah mesra dengan penduduk selepas melawat klinik vaksinasi bergerak di Projek Perumahan Rakyat Seri Johor, hari ini. - NSTP/Aswadi Alias

"Menteri-menteri utama sudah duduk membentangkan perkara itu secara kasar dan pada dasarnya, ia baik tetapi perlu diperhalusi.

"Sudah sampai masa kita nak tetapkan satu 'exit plan' atau pelan pemulihan negara untuk kita keluar dari masalah ini, tetapi ini adalah cabaran yang besar bergantung pada kerjasama dan sokongan semua pihak," katanya kepada pemberita selepas melawat klinik vaksinasi bergerak di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Johor, Bandar Tun Razak, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pelan pemulihan itu akan dibentangkan kepada rakyat secara fasa demi fasa sehingga usaha kerajaan dalam melandaikan jangkitan COVID-19 dan pemulihan semula ekonomi negara berjaya dilaksanakan.

Muhyiddin beramah mesra dengan penduduk selepas melawat klinik vaksinasi bergerak di Projek Perumahan Rakyat Seri Johor, di Kuala Lumpur hari ini. - NSTP/Aswadi Alias
Muhyiddin beramah mesra dengan penduduk selepas melawat klinik vaksinasi bergerak di Projek Perumahan Rakyat Seri Johor, di Kuala Lumpur hari ini. - NSTP/Aswadi Alias
Penduduk hadir untuk menerima vaksin di Pusat Vaksinasi Perumahan Awam Seri Johor, hari ini. - NSTP/Aswadi Alias
Penduduk hadir untuk menerima vaksin di Pusat Vaksinasi Perumahan Awam Seri Johor, hari ini. - NSTP/Aswadi Alias
Berita Harian X