Khamis, 10 Jun 2021 | 3:33pm

COVID-19: Kes baharu kembali turun bawah 6,000

PUTRAJAYA: Angka harian jangkitan COVID-19 kembali turun kepada bawah 6,000, dengan 5,671 kes baharu dilaporkan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan itu membawa kepada jumlah kumulatif 639,562 kes wabak berkenaan di negara ini.

Beliau berkata, Selangor terus mendahului dengan melaporkan 1,510 kes baharu.

"Negeri lain yang turut mencatatkan pertambahan kes ialah Kuala Lumpur membabitkan 769 jangkitan baharu, diikuti Sarawak (631), Negeri Sembilan (593), Johor (524) dan Kedah (309).

"Negeri yang melaporkan bilangan kes baharu terendah ialah Perlis dengan tiga jangkitan," katanya dalam Facebook, hari ini.

Semalam, sebanyak 6,239 jangkitan baharu dilaporkan dengan semua negeri mencatat pertambahan kes.

Berita Harian X