Selasa, 8 Jun 2021 | 7:12pm

Naib Canselor UPSI, UPM diumum dalam waktu terdekat

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mengumumkan Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), dalam masa terdekat.

Kementerian itu berkata, Naib Canselor bagi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) pula masih dalam proses pemilihan oleh Jawatankuasa Tetap Pemilihan Naib Canselor Universiti Awam.

"Kementerian akan mengambil langkah-langkah yang perlu dalam memastikan proses pelantikan Naib Canselor Universiti Awam berjalan lancar.

"Kementerian juga ingin mengucapkan penghargaan kepada CUEPACS serta pihak berkepentingan lain yang mengambil berat berhubung situasi pelantikan Naib Canselor," kata KPT dalam satu kenyataan, hari ini.

Berita Harian X