Isnin, 7 Jun 2021 | 12:23pm
Pelajar SMK Seri Permaisuri Kuala Lumpur mengikuti sidang akhbar di televisyen mengenai SPM 2021. - Foto NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI
Pelajar SMK Seri Permaisuri Kuala Lumpur mengikuti sidang akhbar di televisyen mengenai SPM 2021. - Foto NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

Suntik vaksin kepada calon SPM

KUALA LUMPUR: Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 wajar dipertimbang untuk disuntik vaksin COVID-19, bagi membolehkan mereka menghadiri kelas bersemuka.

Guru yang mengajar kelas Tingkatan 5 juga wajib divaksin secepat mungkin bagi membolehkan mereka hadir ke sekolah dan membantu calon SPM tahun ini.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru), Mohd Azizee Hasan, vaksinasi membolehkan pelajar dan guru hadir semula ke sekolah semula,

terutama bagi sesi pembelajaran yang membabitkan fizikal seperti di makmal sains dan teknologi.

"Langkah proaktif dan kreatif Kementerian Pendidikan akan membantu guru dan pelajar demi kelangsungan masa depan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Semalam, Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, mengumumkan calon SPM 2021 akan menduduki peperiksaan itu tahun depan.

Ujian lisan dan amali Sains akan dilaksanakan pada Februari 2022, manakala peperiksaan bertulis akan bermula Mac 2022.

Mohd Azizee berkata, i-Guru mencadangkan kementerian mewujudkan Tabung Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi kegunaan guru dan pelajar membelian peralatan teknologi, alat peranti dan data internet.

Katanya, sumbangan dana itu boleh disumbangkan warga guru melalui potongan gaji bagi mengelak murid tercicir dalam pendidikan dan membantu guru dengan bantuan data internet.

Berita Harian X