Khamis, 3 Jun 2021 | 2:29pm
Papan tanda memaparkan mesej “Kita Perlu Menang" di Jalan Dato Bandar Tunggal susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19. - Foto NSTP/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN
Papan tanda memaparkan mesej “Kita Perlu Menang" di Jalan Dato Bandar Tunggal susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19. - Foto NSTP/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN

Lebih 10,000 pesakit COVID-19 Negeri Sembilan umur 18 - 60 tahun

SEREMBAN: Seramai 10,834 atau 65 peratus daripada keseluruhan 16,676 pesakit COVID-19 di Negeri Sembilan dalam lingkungan umur 18 hingga 60 tahun, setakat 27 Mei lalu.

Pengarah Kesihatan negeri, Datin Dr Harlina Abdul Rashid, berkata ini berikutan golongan itu kumpulan umur yang aktif dan lebih terdedah kepada risiko jangkitan kerana lebih kerap berada di luar rumah, termasuk di tempat belajar, bekerja atau melakukan aktiviti sosial.

"Hampir 4,000 individu daripada keseluruhan jumlah berkenaan kumpulan berisiko berumur 61 tahun ke atas yang dilaporkan setakat ini, dengan Seremban merekodkan jumlah tertinggi.

Anggota keselamatan meronda di kawasan PKPD Mukim Juasseh, Kuala Pilah iaitu Taman Desa Permai, Rumah Rakyat Juasseh dan Taman Sri Juasseh. - Foto NSTP/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN
Anggota keselamatan meronda di kawasan PKPD Mukim Juasseh, Kuala Pilah iaitu Taman Desa Permai, Rumah Rakyat Juasseh dan Taman Sri Juasseh. - Foto NSTP/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN

"Sebanyak 8,158 kes pula ada kaitan dengan kluster di negeri ini, selain pesakit paling muda dijangkiti wabak COVID-19 pula berumur kurang daripada sebulan dan paling tua warga emas berusia 90 tahun," katanya di sini.

Semalam, Negeri Sembilan merekodkan 586 kes baharu COVID-19 menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di negeri ini sebanyak 27,288 kes. – BERNAMA

Stesen bas Terminal One di Seremban lengang berikutan sekatan pergerakan penuh. - Foto NSTP/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN
Stesen bas Terminal One di Seremban lengang berikutan sekatan pergerakan penuh. - Foto NSTP/AZRUL EDHAM MOHD AMINUDDIN

Berita Harian X