Jumaat, 28 Mei 2021 | 2:30pm
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

Nilai Rt turun untuk tempoh 5 hari berturut

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 mengikut kes harian seluruh negara menunjukkan penurunan untuk lima hari berturut-turut dengan setakat kelmarin, berada pada tahap 1.14.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata penurunan itu paling rendah sejak nilai tertinggi direkodkan untuk tahun ini iaitu 1.21 pada Ahad lalu dan kadar 1.18 pada hari sebelumnya.

Menerusi infografik dikongsikan di Twitter beliau semalam, Labuan mencatatkan Rt tertinggi iaitu 1.87 diikuti Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing 1.27.

Turut dinyatakan ialah Sabah (1.26), Pahang (1.25) Terengganu (1.23) dan Putrajaya (1.20).

Nilai Rt merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

Semakin rendah nilai itu, semakin kurang kemungkinan jangkitan bagi setiap kes positif.

Sebagai contoh, jika nilai Rt adalah 1.5, ia bererti satu kes positif boleh menyebarkannya kepada seorang atau dua orang yang lain.

Berita Harian X