Khamis, 27 Mei 2021 | 9:19pm
Mohd Zuki dan Mohd Khairul Adib hari ini melakukan tinjauan mengejut ke beberapa premis kerajaan bagi memantau pengoperasian pejabat dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. - Foto FB Tan Sri Mohd Zuki Ali

KSN buat lawatan mengejut

PUTRAJAYA: Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali hari ini melakukan tinjauan mengejut ke beberapa premis kerajaan bagi memantau pengoperasian pejabat dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Mohd Zuki berkata tinjauan itu dilaksanakan bersama-sama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman dan pasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara.

Pemantauan itu adalah kritikal untuk memastikan ketua jabatan melaksanakan pendekatan bekerja dari rumah (BDR) dan kehadiran penjawat awam ke pejabat pada tahap 20 peratus seperti diarahkan kerajaan dalam usaha melandaikan keluk pandemik COVID-19.

Pada 10 Mei lalu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan PKP 3.0 di seluruh negara berkuat kuasa 12 Mei hingga 7 Jun sebagai usaha untuk membendung penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat.

Mohd Zuki dan Mohd Khairul Adib hari ini melakukan tinjauan mengejut ke beberapa premis kerajaan bagi memantau pengoperasian pejabat dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. - Foto FB Tan Sri Mohd Zuki Ali
Mohd Zuki dan Mohd Khairul Adib hari ini melakukan tinjauan mengejut ke beberapa premis kerajaan bagi memantau pengoperasian pejabat dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. - Foto FB Tan Sri Mohd Zuki Ali

Susulan itu, Mohd Zuki mengumumkan pengoperasian pejabat kerajaan akan dilaksanakan secara hibrid melalui keberadaan di pejabat dan arahan BDR dalam tempoh PKP 3.0, termasuk pendekatan kehadiran ke pejabat pada tahap 20 peratus keseluruhan (tidak termasuk perkhidmatan petugas barisan hadapan) dan 80 peratus secara BDR dengan penggiliran.

Beliau berkata kehadiran ke pejabat hanya bagi proses kerja yang tidak boleh dilaksanakan secara BDR dan memerlukan keberadaan di pejabat. – BERNAMA

Berita Harian X