Selasa, 4 Mei 2021 | 5:03pm

3,120 jangkitan COVID-19 hari ini

PUTRAJAYA: Jangkitan COVID-19 meningkat kembali dengan 3,120 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes ialah 420,632 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata daripada jumlah kes baharu yang dilaporkan hari ini, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi iaitu 675 kes.

Katanya, ini diikuti dengan Sarawak sebanyak 620 kes, Kuala Lumpur (408) dan Johor (336).

"Hanya Perlis tidak mencatatkan sebarang pertambahan kes hari ini," katanya dalam Facebook, di sini hari ini.

Pelbagai perniagaan kecil mengalami penurunan jual-beli musim, berikutan wabak COVID-19. - Foto NSTP/NADIM BOKHARI
Pelbagai perniagaan kecil mengalami penurunan jual-beli musim, berikutan wabak COVID-19. - Foto NSTP/NADIM BOKHARI

Berita Harian X