Isnin, 26 April 2021 | 1:20pm
PUCHONG 20 APRIL 2021. Kakitangan Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana melekatkan notis penutupan sekolah buat sementara waktu selepas menerima arahan penutupan premis daripada Pejabat Kesihatan Daerah bagi kawalan perebakan penyakit berjangkit wabak COVID 19 ekoran hampir 19 Sekolah didalam daerah Petaling menerima arahan penutupan premis akibat penularan wabak COVID 19. STR/HAZREEN MOHAMAD

79 sekolah di Selangor diarah tutup 2 hari

KUALA LUMPUR: Sebanyak 79 sekolah di Selangor diarahkan tutup sementara hari ini dan esok berikutan peningkatan kes COVID-19 membabitkan kluster pendidikan.

Penutupan sekolah terbabit disahkan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dan berdasarkan senarai dikeluarkan pihak berkenaan, sekolah ditutup membabitkan kawasan Hulu Langat, Petaling Perdana, Klang, Petaling Utama, Sepang, Gombak, Hulu Selangor serta Kuala Langat.

JPN Selangor menyenaraikan 18 sekolah berada di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana, PPD Hulu Langat (19) dan PPD Klang (15).

Turut diarahkan tutup ialah masing-masing sembilan sekolah di bawah PPD Gombak dan Petaling Utama, lima membabitkan PPD Hulu Selangor, manakala PPD Kuala Langat dan PPD Sepang masing-masing merekodkan dua sekolah.

Sementara itu, Pegawai Daerah Kuala Langat, Mohd Jusni Hashim mengesahkan dua sekolah dalam pentadbirannya ditutup sehingga esok.

Minggu lalu, beberapa sekolah di negeri ini ditutup, selain Sekolah Menengah Sains Banting, Kuala Langat dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) sejak Sabtu lalu hingga 7 Mei depan selepas 71 pelajar disahkan positif COVID-19.

Berita Harian X