Ahad, 25 April 2021 | 10:47am

Kadar kebolehjangkitan menurun

KUALA LUMPUR: Kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 merekodkan penyusutan, iaitu 1.12 setakat semalam, berbanding 1.13 kelmarin.

Susulan pelbagai langkah pencegahan dan dasar kesihatan awam yang dijalankan, kadar Rt berkurang daripada 1.16 setakat Khamis lalu, kepada 1.13, keesokan harinya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata tujuh negeri, selain Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur masih mencatatkan Rt melebihi kadar kebangsaan.

Katanya, kadar Rt tertinggi ialah Kelantan, dengan 1.4 disusuli Wilayah Persekutuan (1.24), Melaka (1.18), Negeri Sembilan (1.15), Selangor (1.14), manakala Sarawak dan Pahang, masing-masing 1.13.

Berdasarkan perangkaan kadar Rt semasa itu, hanya Wilayah Persekutuan Labuan merekodkan sifar kes COVID-19.

Kali terakhir Rt berada di bawah paras 1.0 ialah pada 7 April lalu, sebelum kembali melonjak sehingga mencecah 1.19, pada 17 April lalu.

Sementara itu, nilai Rt terendah yang pernah direkodkan di Malaysia ialah 0.81, iaitu pada 3 Mac lalu.

Berita Harian X