Khamis, 18 Februari 2021 | 10:25am
Warga Emas terpaksa berbaris lama untuk berurusan di klinik kerajaan, Jalan Masjid, Kuching dalam suasana wabak COVID-19 masih merebak. - Foto NSTP/NADIM BOKHARI
Warga Emas terpaksa berbaris lama untuk berurusan di klinik kerajaan, Jalan Masjid, Kuching dalam suasana wabak COVID-19 masih merebak. - Foto NSTP/NADIM BOKHARI

COVID-19: Negeri Sembilan, Sarawak catat kebolehjangkitan harian tertinggi

KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan dan Sarawak mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) COVID-19 harian tertinggi negara, iaitu masing-masing pada 1.06, setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata Pulau Pinang merekodkan Rt kedua tertinggi, iaitu pada 0.99, diikuti Kelantan dan Melaka (0.96), manakala Selangor, Perak serta Kedah masing-masing mencatatkan Rt 0.93.

Berdasarkan infografik yang dikongsikan menerusi akaun Twitternya beliau berkata, negeri lain pula merekodkan bacaan di bawah 0.90, iaitu Terengganu (0.89), Johor (0.87), Kuala Lumpur (0.81), Putrajaya dan Perlis (0.76), Pahang (0.73) dan Labuan yang mencatatkan Rt 0.51.

Katanya, Rt untuk seluruh negara pula ialah 0.91.

Pelajar praktikal dari Kolej Profesional MARA Beranang Nurin Balqis Zulkifli (kiri) dan Ainanur Liyana Salim memeriksa pokok bunga sementara menunggu pelanggan dengan mengamalkan norma baharu mencegah penularan wabak COVID-19. - Foto BERNAMA

Sebanyak 2,998 kes baharu COVID-19 dan 22 kematian direkodkan untuk tempoh 24 sehingga tengah hari semalam. – BERNAMA

Berita Harian X