Ahad, 24 Januari 2021 | 11:14am

Wad 10 HPSF ditutup sementara

MUAR: Operasi Wad 10 Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), di sini, ditutup sementara waktu selepas satu kes positif COVID-19 dikesan di wad berkenaan, semalam.

Pengarah HPSF, Dr Muhammad Yusof Sibert, berkata langkah itu bertujuan memastikan pesakit dan petugas di wad terbabit dapat menjalani kuarantin serta ujian calitan.

"Pihak hospital memohon orang ramai supaya tidak panik dan tidak menyebarkan sebarang berita tidak sahih berkaitan perkara itu.

"Orang ramai juga dinasihatkan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan ketika mengunjungi hospital ini.

"Selain itu, larangan lawatan ke wad akan terus dikuatkuasakan," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Berita Harian X