Isnin, 18 Januari 2021 | 10:44am

Talian Bantuan Prihatin Rakyat ditutup sementara

KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan, talian Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), 1800 88 2747 ditutup sementara mulai hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Dalam kenyataannya, LHDN berkata semua pelanggan dinasihatkan untuk menghubungi cawangan atau Pusat Khidmat Hasil (PKH) yang berdekatan, sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan lanjut dan masalah berkaitan permohonan BPR.

"Pelanggan boleh merujuk soalan lazim (FAQ) BPR yang dimuat naik pada portal BPR di https://bpr.hasil.gov.my/ untuk penjelasan terperinci, berkaitan urusan pendaftaran MyBPR, permohonan baharu dan kemaskini maklumat BPR.

"Capaian pantas pendaftaran MyBPR di pautan https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPendaftaranMyBPR.pdf manakala permohonan baharu dan kemaskini di https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPermohonanBarudanKemasKi...," kata kenyataan itu.

Berita Harian X