Rabu, 18 November 2020 | 12:00pm
Gambar hiasan
Gambar hiasan

LHDN di Menara TM Jalan Semarak beroperasi mulai esok

KUALA LUMPUR: Semua pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Menara TM Jalan Semarak akan kembali beroperasi mulai esok.

LHDN dalam kenyataannya, berkata pejabat ini membabitkan Pejabat Pengarah Negeri Wilayah Persekutuan Putrajaya, cawangan Wangsa Maju dan cawangan Siasatan Putrajaya.

Waktu operasi terhad bagi semua pejabat LHDN terbabit sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Untuk makluman, waktu operasi bagi kaunter setempat bagi perkhidmatan percukaian bagi cawangan Wangsa Maju adalah, pada Isnin hingga Jumaat, 8 pagi sehingga 1 tengah hari.

"Waktu operasi bagi kaunter duti setem pula dari Isnin hingga Jumaat, 8 pagi sehingga 1 tengah hari," katanya.

Katanya, sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dibuat dengan menghubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (Luar Negara).

Selain itu, orang ramai juga boleh mengguna saluran HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas di laman sesawang https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Berita Harian X