Sabtu, 14 November 2020 | 5:11pm

Seramai 204 individu gagal patuh SOP penjarakan fizikal

KUALA LUMPUR: Seramai 204 individu dikenakan tindakan kerana gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata seramai 502 individu ditahan kerana ingkar arahan SOP PKPP, dengan 470 daripadanya dikompaun, manakala 32 lagi direman

"Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuk gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (204), tidak memakai pelitup muka (99), premis beroperasi lebih masa/tanpa kebenaran (63), dan gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (55).

"Kesalahan lain ialah rentas daerah/negeri ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa kebenaran (40) dan lain-lain (41)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, Pasukan Petugas Operasi Pematuhan diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM), membuat 56,133 pemeriksaan bagi memantau dan menguat kuasa pematuhan SOP PKPP di seluruh negara, semalam.

"Sebanyak 2,749 Pasukan Pematuhan membabitkan 12,228 anggota membuat pemantauan di 3,768 pasar raya, 4,781 restoran serta 1,565 penjaja, 1,106 kilang, 3,355 bank dan 545 pejabat kerajaan.

"Pemantuan turut dibuat di 1,017 terminal pengangkutan darat, 219 terminal pengangkutan air serta 101 terminal pengangkutan udara," katanya.

Ismail Sabri berkata, seramai 38 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) serta dua tekong ditahan dan lapan kenderaan dirampas menerusi Operasi Benteng (Op Benteng), semalam.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Anggota polis, tentera dan RELA memeriksa kenderanan di sekatan jalan raya Jalan Persekutuan Kuala Lumpur - Ipoh berhampiran Universiti Pendidikan Sultan Idris, iaitu sempadan Selangor dan Perak. - Foto NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
    Anggota polis, tentera dan RELA memeriksa kenderanan di sekatan jalan raya Jalan Persekutuan Kuala Lumpur - Ipoh berhampiran Universiti Pendidikan Sultan Idris, iaitu sempadan Selangor dan Perak. - Foto NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN
    Berita Harian X