Jumaat, 13 November 2020 | 9:48pm

Chubb-E menang trofi Artis Baharu Lelaki Popular

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Chubb-E meraih trofi Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, malam tadi.

Chubb-E atau nama sebenar, Muhammad Shahrul Ashlyn Awang Ashrul Affandy mencipta kejutan dengan menewaskan calon favourite seperti Zynakal dan Yonnyboii dalam kategori itu.

Hampir lapan tahun berkecimpung dalam dunia seni dan pernah menyertai dua program realiti, trofi dambaan ramai bakat baharu itu akhirnya menjadi anugerah pertama dimenanginya.

Chubb-E pernah tampil dengan single Aku Tak Kisah pada 2018 disusuki Kita, tahun lalu dan terbaru, Padan Muka.

Chubb-E mula mendapat perhatian apabila menyertai program realiti Dansa Dan Sing, tahun lalu.

"Saya tak jangka dan tergamam berganding dengan artis berpengalaman.

"Terima kasih kepada peminat. Ada usaha berkempen dengan peminat. Tetapi, saya tak sangka ia menyebelahi saya.

"Hadiah untuk mak ayah sebab hari lahir mereka jatuh bulan ini," katanya.

Chubb-E memenangi kategori Artis Baru Lelaki Popular. - Foto NSTP
Chubb-E memenangi kategori Artis Baru Lelaki Popular. - Foto NSTP
Berita Harian X