Selasa, 27 Oktober 2020 | 2:27pm
Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Hajiji Mohd Noor mengangkat sumpah jawatan sebagai ADUN Sabah di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.- Foto BERNAMA
Ketua Menteri Sabah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman, Datuk Hajiji Mohd Noor mengangkat sumpah jawatan sebagai ADUN Sabah di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.- Foto BERNAMA

Hajiji angkat sumpah sebagai ADUN

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah di sini, hari ini.

Majlis angkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya itu berlangsung pada jam 11.20 pagi tadi.

Hajiji yang juga ADUN Sulaman mengangkat sumpah hari ini selepas tidak dapat hadir dalam majlis sama yang diadakan pada 9 Oktober lalu kerana sedang menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu selepas terdedah kepada individu didapati positif COVID-19.

Turut mengangkat sumpah hari ini ialah ADUN Sulabayan, Datuk Jaujan Sambakong; serta dua lagi ADUN Dilantik iaitu Datuk Yong Teck Lee dan Datuk Amisah Yassin.

Bagaimanapun, ADUN Bugaya Manis Buka Mohd Darah tidak dapat hadir kerana masih menjalani tempoh kuarantin di hospital.

Sebelum ini, seramai 70 ADUN dan empat ADUN Dilantik mengangkat sumpah.

DUN Sabah mempunyai 73 ADUN dipilih dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 September lalu dan enam ADUN Dilantik. – BERNAMA

Berita Harian X