Selasa, 20 Oktober 2020 | 4:23pm
MESEJ yang tular di aplikasi WhatsApp adalah palsu.
MESEJ yang tular di aplikasi WhatsApp adalah palsu.

Berita larangan rentas negeri dari Melaka adalah palsu

KUALA LUMPUR: Berita Harian (BH) ingin memaklumkan, berita kononnya Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenakan sekatan rentas negeri di Melaka, yang dikongsi dan disebarkan melalui aplikasi WhatsApp, bukannya berita yang diterbitkan oleh akhbar ini.

Akhbar ini menafikan ada kaitan dengan penularan mesej terbabit. Malah semakan BH mendapati, maklumat yang disebarkan adalah palsu.

Susulan itu, orang ramai dinasihatkan supaya menyemak dengan pihak berkuasa serta tidak menyebarkan maklumat palsu yang ditularkan itu.

Berita Harian X