X
Ahad, 4 Oktober 2020 | 2:40pm
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud. - Foto NSTP/Zunnur Al Shafiq
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud. - Foto NSTP/Zunnur Al Shafiq

Kemasukan pelajar asing ditangguh hingga 31 Disember

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia menangguhkan sebarang kemasukan pelajar asing ke negara ini sehingga 31 Disember depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Khairul Dzaimee Daud, berkata tindakan itu selaras keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada Jumaat lalu yang menangguhkan pendaftaran dan pengajian secara fizikal dan bersemuka pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk sesi kemasukan Oktober ini.

"Semua kemasukan pelajar asing, baharu dan sedia ada termasuk yang sudah mendapat kelulusan jabatan ini ditangguhkan sehingga 31 Disember depan.

"Kita turut difahamkan pihak KPT sudah berunding dengan syarikat-syarikat penerbangan mengenai penjadualan semula pelajar antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Khamis lalu, KPT dilaporkan meminta semua IPT menangguh pendaftaran baharu serta pengajian secara fizikal dan bersemuka pelajar, susulan kebimbangan terhadap peningkatan kes COVID-19 di negara ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X