Jumaat, 25 September 2020 | 2:34pm
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali.

Keluar mengundi esok tanpa sebarang keraguan - Polis Sabah

KOTA KINABALU: Polis memberi jaminan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah esok akan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dan meminta orang ramai keluar mengundi tanpa sebarang keraguan.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali, berkata tindakan tegas akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang membuat provokasi dan kekecohan dalam pilihan raya itu.

"Esok kita juga akan lakukan beberapa sekatan jalan raya untuk memastikan keselamatan sentiasa terjamin. Jadi jangan bimbang terhadap tahap keselamatan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Esok, seramai 1,088,711 daripada 1,103,646 pengundi biasa layak mengundi manakala 14,935 orang telah mengundi secara pos untuk memilih calon bagi 73 kerusi DUN.

Sebelum ini, Hazani mendedahkan mendapat maklumat mengenai kemasukan secara besar-besaran rakyat asing bagi membuat kekacuan pada hari pengundian. - BERNAMA



Berita Harian X