Sabtu, 19 September 2020 | 3:21pm
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir (tiga dari kiri) ditemani Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (empat dari kiri) merasmikan sambutan Hari Kebersihan Sedunia World Cleanup Day. - NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin

Pembesar, pemimpin turun padang jayakan kempen kebersihan

SEREMBAN: Orang ramai menyambut baik dan menyokong usaha kerajaan melancarkan sambutan Hari Kebersihan Sedunia World Cleanup Day dan kempen kebersihan peringkat negeri yang mampu mencetuskan semangat dan rangsangan menjaga kebersihan alam sekitar.

Sukarelawan Pertubuhan Kebajikan Sayangi Malaysia (PBSM), Chew Chia Ker, 38, berkata program itu amat baik dalam memberikan rangsangan agar semua individu sama-sama mengambil tanggungjawab menjaga kebersihan.

"PBSM sentiasa bekerjasama dengan SWCorp dan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) untuk menjayakan kempen kebersihan. Banyak aktiviti yang kami jalankan sepanjang tahun termasuk bergotong-royong membersihkan kawasan selain mengecat tempat kemudahan awam.

"Ahli pertubuhan ini sentiasa sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak untuk jayakan program alam sekitar kerana ia penting untuk kehidupan hari ini dan masa depan," katanya.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir (empat dari kanan) berkenan melawat Pasar Besar Seremban selepas merasmikan sambutan Hari Kebersihan Sedunia World Cleanup Day. - NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir (tiga dari kanan) berkenan melawat Pasar Besar Seremban selepas merasmikan sambutan Hari Kebersihan Sedunia World Cleanup Day. - NSTP/Azrul Edham Mohd Aminuddin

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Hari Kebersihan Sedunia (World Cleanup Day) Peringkat Negeri Sembilan dan Kempen Negeri Sembilan Bersih 2020 di Taman Malaysia Seremban, di sini hari ini.

Pelajar perakaunan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nur Kautsar Ismail, 18, berkata dia tidak sabar menyertai program itu kerana ia baik dalam meningkatkan kesedaran golongan golongan muda untuk menjaga kebersihan dan memulihara alam sekitar.

"Penjagaan alam sekitar bukan pada pihak agensi kerajaan sahaja, sebaliknya setiap individu dalam masyarakat. Malah, amalan baik ini perlu bermula dari peringkat awal pada usia muda.

"Saya melihat program seperti ini amat baik kerana dapat membantu memberi maklumat bagaimana menguruskan sisa dan membuang sampah dengan cara yang betul," katanya.

Pelajar perubatan, sains dan teknologi USIM, Wan Muhammad Azizi Wan Adam, 18, berkata program berkenaan menarik kerana ia sedikit sebanyak membantu meningkatkan kefahamannya mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

"Pembabitan pembesar negeri dan pemimpin setempat dalam program ini menunjukkan isu kebersihan dan alam sekitar tidak boleh dianggap perkara enteng. Saya kagum dengan kehadiran pembesar negeri dalam program ini.

"Kita harus bersama-sama menjayakan program seperti ini, sama-sama amal budaya kebersihan, tidak buang sampah merata tempat. Saya akan guna laman sosial untuk mempromosi kempen ini supaya lebih ramai dapat sama-sama memainkan peranan proaktif menjaga kebersihan," katanya.

Berita Harian X