Isnin, 14 September 2020 | 3:33pm
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (dua dari kini) melihat ujian tahap kandungan bahan terlarang terdapat dalam air Sungai Ichat pada Sabtu - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (dua dari kini) melihat ujian tahap kandungan bahan terlarang terdapat dalam air Sungai Ichat pada Sabtu - Foto NSTP/Mohd Rafi Mamat

Kualiti air Sungai Ichat kembali ke kelas 1

KUANTAN: Tindakan tegas Kerajaan Pahang menangani masalah pencemaran Sungai Ichat, Cameron Highlands yang disebabkan penerokaan tanah haram di sekitar kawasan tadahan sungai itu yang memulihkannya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PAIP, Saiful Zaini Mohd Bokhari, berkata hasilnya kualiti air mentah di Sungai Ichat pulih dan selamat untuk digunakan sebagai sumber air mentah tambahan bagi pengoperasian Loji Rawatan Air (LRA) Kuala Terla.

Katanya, makluman dari Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengesahkan kualiti sumber air Sungai Ichat kembali kepada Kelas I.

"LRA Kuala Terla adalah loji air terbesar di Cameron Highlands yang membekalkan air bersih hampir 70 peratus ke kawasan itu.

"Namun kebelakangan ini, sumber air mentah Cameron Highlands semakin berkurangan dan terjejas kualitinya.

"Kekangan kekurangan sumber air ini memberikan kesan negatif kepada operasi perbekalan air terawat bagi daerah ini terutama waktu puncak dan mengganggu perancangan pembangunan pada masa akan datang.

"Dengan pemulihan Sungai Ichat, sumber air tambahan ini dapat digunakan dan dimanfaatkan sepenuhnya," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Bagi membekalkan air mentah tambahan di LRA Kuala Terla, beliau berkata, PAIP sedang menyiapkan pembinaan muka sauk baharu Sungai Ichat.

Katanya, dengan pembinaan muka sauk itu, ia akan meningkatkan kapasiti pembekalan air terawat LRA Kuala Terla kepada tambahan hampir 50 peratus bagi menjamin bekalan yang konsisten dan selamat kepada pengguna.

"Kerja awal sudah dilaksanakan oleh kontraktor dan jangka muka sauk yang baharu siap dalam tempoh 10 minggu.

Berita Harian X