X
Khamis, 25 Jun 2020 | 4:34pm
Sebuah kedai gunting rambut di Permatang Duyong, Melaka yang dikendalikan warga asing diarah tutup kerana gagal membuktikan mereka telah menjalani saringan dan disahkan bebas COVID-19 dalam Operasi Pemantauan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di malam tadi. - Foto BERNAMA

Hampir 66,000 pemeriksaan pantau SOP semalam

KUALA LUMPUR: Sebanyak 65,937 pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasakan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilakukan semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pemeriksaan itu membabitkan 3,774 pasukan pematuhan dengan seramai 16,568 anggota.

"Daripada pemeriksaan itu, pasukan pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP.

"Dua daripada individu direman dan dua lagi dikenakan kompaun. Antara kesalahan ingkar arahan PKPP termasuklah aktiviti dalam pub atau kelab malam, refleksologi atau urut dan aktiviti yang melanggar SOP," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Berita Harian X