Khamis, 4 Jun 2020 | 3:33pm

COVID-19: Tiada ATM di Cox's Bazar

KUALA LUMPUR: Semua 56 anggota tentera yang dihantar bertugas di Cox's Bazar, Bangladesh sudah dipanggil pulang sejak pandemik COVID-19 menyerang negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sehingga kini tiada lagi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berada di Bangladesh.

Malaysia menghantar anggota tentera di Cox's Bazar, sejak 2018 dan antara lainnya mengambil alih operasi Hospital Medan Malaysia.

Selasa lalu, BERNAMA melaporkan seorang warga emas Rohingya positif COVID-19 meninggal dunia semalam di kem pelarian Cox's Bazar,

Setakat ini, 29 pelarian Rohingya di kem itu disahkan positif virus berkenaan dan dirawat di pusat pengasingan.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Gambar dirakam pada 24 Mac menunjukkan pelarian Rohingya tidak memakai pelitup muka untuk mengurangkan risiko penularan COVID-19. - Foto AFP
    Gambar dirakam pada 24 Mac menunjukkan pelarian Rohingya tidak memakai pelitup muka untuk mengurangkan risiko penularan COVID-19. - Foto AFP
    Berita Harian X