Isnin, 4 Mei 2020 | 5:27pm
Peniaga menyusun atur pakaian pada hari pertama operasi susulan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini ketika tinjauan di Pasar Besar Kedai Payang. - Gambar hiasan/Foto BERNAMA
Peniaga menyusun atur pakaian pada hari pertama operasi susulan pengumuman pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula hari ini ketika tinjauan di Pasar Besar Kedai Payang. - Gambar hiasan/Foto BERNAMA

COVID-19: Perhimpunan ramai masih tidak dibenarkan

KUALA LUMPUR: Peniaga, pengusaha dan majikan perlu patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia susulan pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa hari ini.

Selain, beliau menegaskan bahawa perhimpunan ramai dan aktiviti awam yang mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan COVID-19 masih tidak dibenarkan.

"Peniaga, pengusaha dan majikan perlu mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan, rakyat di negeri atau wilayah menjalani PKPB pula diseru supaya patuh kepada SOP.

"Syarat-syarat yang ditetapkan, orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi. Individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan, dan penjarakan sosial diamalkan pada setiap masa, iaitu sekurang-kurangnya satu meter.

"Selagi rakyat Malaysia patuh SOP dan mengamalkan normal-normal baharu dalam kehidupan seharian, rantaian penularan jangkitan COVID-19 akan dapat diputuskan," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X