Jumaat, 10 April 2020 | 8:55am
1
1

128 IPT terima bekalan makanan sepanjang PKP

KUALA LUMPUR : Sebanyak 128 Institut Pengajian Tinggi (IPT) di negara ini sudah menerima bekalan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad, berkata bantuan bekalan makanan kering tambahan ini telah mula diedar ke IPT termasuk di Universiti Awam, institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti sejak 21 Mac lalu.

Katanya, sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada penyumbang yang konsisten membantu.

“Saya tetap menyokong penuh usaha murni ini dan mohon pelajar untuk maklumkan keberadaan anda kepada universiti masing-masing bagi memudahkan proses bantuan disalurkan,” katanya dalam catatan dalam akaun Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, beliau berkunjung ke Yayasan Food Bank Malaysia untuk melihat sendiri pengurusan penghantaran barang keperluan ke universiti.

Pada kunjung kali kedua itu, Noraini meninjau proses penghantar sumbangan daripada badan korporat dalam memastikan makanan mencukupi untuk diagihkan ke kampus.

Berita Harian X