Ahad, 22 March 2020 | 11:51pm

COVID-19: MOF, LHDN soalan lazim Perintah Kawalan Pergerakan

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI (LHDN)

A. UMUM

1. Adakah pejabat dan kaunter LHDNM akan beroperasi pada tempoh 18 hingga 31 Mac 2020?

Jawapan:

Semua premis LHDNM (termasuk kaunter e-Filing) di seluruh negara ditutup mulai 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Sila rujuk Kenyataan Media LHDNM bertarikh 17 Mac 2020 berkaitan perkhidmatan yang disediakan untuk kemudahan pelanggan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan seperti berikut:

http://lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/Media_LHDNM_17032020_SEMUAPREMIS...

Jika terdapat sebarang pertanyaan berkaitan percukaian, pembayar cukai boleh menggunakan Borang Maklum Balas di Portal Rasmi LHDNM di pautan:

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY

2. Adakah lanjutan masa akan diberikan, jika pembayar cukai perlu mengemukakan dokumen dalam tempoh ini bagi kes sedang diaudit/disiasat?

Jawapan:

Lanjutan masa akan diberikan sehingga 30 April 2020.

B. ezHAsiL

1. Bagaimana untuk membuat permohonan no. pin e-Filing?

Jawapan:

Pembayar cukai boleh membuat permohonan melalui:

a) Borang Maklum Balas di Portal Rasmi LHDNM di pautan:

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY

ATAU

b) Panduan Pengguna di pautan:

https://ez.hasil.gov.my/CI/Bantuan_Anon.aspx

ATAU

c) Hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar negara) untuk maklumat lanjut.

2. Bagaimana untuk mendapatkan nombor cukai pendapatan?

Jawapan:

Permohonan nombor cukai pendapatan dalam talian boleh dibuat melalui

aplikasi e-Daftar.

http://edaftar.hasil.gov.my/index.php

3. Jika terlupa kata laluan e-Filing, apa perlu saya buat?

Jawapan:

a) Pembayar cukai mempunyai alamat e-mel berdaftar atau nombor telefon bimbit berdaftar dengan LHDNM:

*Klik set semula kata laluan melalui menu ‘Terlupa Kata Laluan’ di ezHASiL.

b) Pembayar cukai yang tiada alamat e-mel dan nombor telefon bimbit berdaftar; atau terdapat perubahan pada alamat e-mel berdaftar dan juga nombor telefon bimbit berdaftar:

*Kemas kini maklumat melalui:

i. Borang Maklum Balas di Portal Rasmi LHDNM di pautan:

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY

ATAU

ii. Hubungi Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 atau 603-8911 1100 (luar

negara) untuk maklumat lanjut.

C. BORANG

1. Adakah LHDNM akan memberikan tambahan masa bagi pengemukaan borang nyata secara manual atau e-Filing?

Jawapan:

Tambahan masa diberikan seperti Program Memfail Borang Nyata bagi

Tahun 2020 (Pindaan 1/2020) seperti berikut:

http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2020_Pin.1_1.pdf

2. Adakah tambahan masa diberi bagi pengemukaan Borang CP58?

Jawapan:

Lanjutan masa diberikan sehingga 30 April 2020.

3. Adakah lanjutan masa diberi bagi pengemukaan Borang Q di mana tarikh akhir jatuh pada 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 tanpa menghantar Borang N?

Jawapan:

Lanjutan masa diberikan sehingga 30 April 2020 tanpa perlu mengemukakan

Borang N.

4. Bagi kes pengemukaan Country-by-Country Reporting (CbCR)?

Jawapan:

a) Entiti di Malaysia yang bertanggungjawab memfailkan laporan CbCR pada

31 Mac 2020 diberikan lanjutan masa sehingga 30 April 2020.

b) Pemberitahuan atau notifikasi oleh entiti konstituen bagi tujuan CbCR yang perlu dikemukakan pada 31 Mac 2020 boleh dikemukakan pada atau

sebelum 30 April 2020.

5. Bagaimana untuk mengemukakan Borang CP21, CP22, CP22A atau CP22B dalam tempoh ini?

Jawapan:

Borang boleh dikemukakan mulai 1 April 2020.

6. Apakah alternatif lain jika e-Resident tidak dapat digunakan kerana perlu menyertakan dokumen sokongan?

Jawapan:

Permohonan secara manual boleh dibuat mulai 1 April 2020.

7. Bagaimana permohonan Surat Penyelesaian Cukai (SPC) dalam tempoh ini boleh dibuat?

Jawapan:

Permohonan SPC boleh dibuat melalui e-SPC pada bila-bila masa atau hadir

ke pejabat LHDNM mulai 1 April 2020. Pemprosesan permohonan SPC akan

dibuat mulai 1 April 2020.

D. BAYARAN

1. Adakah terdapat lanjutan masa bagi mengemukakan anggaran cukai CP204?

Jawapan:

Tarikh akhir pengemukaan CP204 yang jatuh dalam tempoh 18 hingga 31 Mac 2020 akan dilanjutkan sehingga 30 April 2020.

Pengemukaan pindaan anggaran cukai kena dibayar (CP204A) bagi bulan ke 6 dan 9 yang perlu dikemukakan pada 31 Mac 2020 akan dilanjutkan sehingga 30 April 2020.

2. Adakah lanjutan masa diberikan bagi bayaran pertama anggaran cukai CP500?

Jawapan:

Bayaran ansuran pertama yang sepatutnya dilakukan pada 31 Mac 2020 diberi lanjutan masa sehingga 30 April 2020.

3. Penangguhan bayaran anggaran cukai dan pindaan anggaran cukai CP204 pada bulan ketiga (bagi kes bulan Mac 2020) ansuran dalam tahun 2020 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi.

Jawapan:

Pengemukaan pindaan anggaran cukai CP204 pada bulan ketiga ansuran dan

bayaran juga akan dilanjutkan sehingga 30 April 2020.

4. Adakah bayaran anggaran cukai syarikat boleh ditangguhkan?

Jawapan:

Syarikat mempunyai pilihan sama ada untuk membuat penangguhan (sekiranya aktiviti syarikat berkaitan dengan pelancongan) atau pindaan anggaran cukai dalam bulan ketiga jika ansuran bulan ketiga jatuh dalam bulan Mac 2020.

Maklumat berkaitan boleh diperoleh di Portal Rasmi LHDNM.

5. Bagaimana dengan pengemukaan borang dan bayaran cukai entiti Labuan dalam tempoh ini?

Jawapan:

Tambahan masa untuk pengemukaan borang dan bayaran cukai diberikan

sehingga 30 April 2020.

6. Adakah saya akan dikenakan kenaikan cukai sekiranya lewat membuat bayaran yang sepatutnya dibuat dalam tempoh ini?

Jawapan:

Tidak dikenakan kenaikan cukai.

7. Bagaimana untuk membuat transaksi bayaran yang melebihi had dibenarkan oleh perbankan internet?

Jawapan:

Bayaran cukai melebihi RM1 juta boleh dilakukan menerusi Pindahan Telegrafik (Telegraphic Transfer). Walau bagaimanapun, pembayar cukai perlu mengemukakan butiran lanjut pembayaran kepada LHDNM menerusi faksimili 03-6201 9637 atau menerusi e-mel kepada:

HelpTTpayment@hasil.gov.my

Kegagalan mengemukakan maklumat akan menyebabkan bayaran tidak dapat dikemas kini pada lejar pembayar cukai.

8. Bagaimana untuk membuat cukai pegangan dalam tempoh ini?

Jawapan:

Bayaran cukai pegangan yang tarikh akhirnya antara 18 hingga 31 Mac 2020 boleh dibayar mulai dari 1 April 2020 sehingga 30 April 2020.

Bayaran boleh juga dilakukan menerusi pindahan telegrafik (TT) dengan mengemukakan maklumat lengkap bayaran kepada LHDNM menerusi faksimili ke nombor 03-6201 9637 atau menerusi e-mel ke alamat berikut:

HelpTTpayment@hasil.gov.my

9. Adakah penalti akan dikenakan ke atas cukai pegangan yang sepatutnya dibayar dalam tempoh ini?

Jawapan:

Bayaran cukai pegangan yang tarikh akhirnya antara 18 hingga 31 Mac 2020 boleh dibayar mulai dari 1 April 2020 sehingga 30 April 2020. Penalti tidak akan dikenakan atas kelewatan bayaran.

10.Adakah bayaran kompaun PCB yang sepatutnya dibayar dalam tempoh ini ditangguhkan?

Jawapan:

Bayaran boleh dibuat sebelum 30 April 2020.

11.Adakah LHDN akan menangguhkan proses bayaran balik cukai?

Jawapan:

Proses bayaran balik akan dibuat seperti biasa.

E. CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (CKHT)

1. Adakah lanjutan masa diberi bagi pengemukaan borang dan bayaran cukai CKHT?

Jawapan:

Bagi pengemukaan borang dan bayaran cukai CKHT (seksyen 21B dan bayaran atas notis taksiran) yang mana tarikh akhirnya jatuh pada 18 Mac 2020 hingga 30 April 2020, maka tarikh akhir pengemukaan borang dan bayaran adalah pada 30 April 2020.

F. DUTI SETEM

1. Adakah surat perjanjian jual beli rumah boleh disetem dalam tempoh ini?

Jawapan:

Perjanjian jual beli rumah dikenakan duti sebanyak RM10.00. Surat perjanjian jual beli rumah boleh disetem seperti berikut:

i. Pembayar duti boleh membeli setem hasil daripada Pejabat Pos.

ii. Lekatkan setem hasil bernilai RM10 ke atas perjanjian jual beli rumah.

iii. Batalkan setem hasil dengan membuat garis palang menggunakan pen hitam dan catatkan tarikh semasa ke atas setem hasil tersebut.

Cara pembatalan setem hasil ini boleh digunakan untuk dokumen yang dikenakan duti tetap di bawah perkara 4, Jadual Pertama Akta Setem 1949 seperti perjanjian jual beli rumah sahaja.

2. Apa itu Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem Secara Dalam Talian?

Jawapan:

Sistem Taksiran dan Pembayaran Duti Setem Secara Dalam Talian (STAMPS) adalah sistem yang membolehkan permohonan taksiran dan bayaran duti setem ke atas dokumen atau perjanjian dibuat secara dalam talian.

3. Siapakah yang boleh menggunakan STAMPS?

Jawapan:

Semua firma guaman, syarikat, perkongsian, perniagaan, institusi kewangan atau ejen yang sah berdaftar dengan mana-mana pendaftar syarikat di Malaysia.

4. Bolehkah individu menggunakan STAMPS?

Jawapan:

Individu boleh menggunakan STAMPS sekiranya mempunyai perniagaan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

5. Bagaimana jika individu tiada perniagaan yang berdaftar dengan SSM boleh membuat penyeteman dokumen dalam tempoh ini?

Jawapan:

Penyeteman dokumen individu tidak boleh dilaksanakan dalam tempoh ini. Penyeteman perlu dibuat secara manual di kaunter Pejabat Setem Cawangan/ Pusat Khidmat Hasil / UTC Johor Bharu selepas 31 Mac 2020.

Penalti tidak akan dikenakan kerana lanjutan masa diberikan sehingga 30 April 2020 ke atas semua dokumen yang sepatutnya disetemkan antara 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020.

6. Bagaimana untuk membuat pembayaran secara dalam talian?

Jawapan:

i. Bayaran dalam talian boleh dibuat oleh pengguna STAMPS melalui tab\bayaran online (medium FPX) atau melalui CIMB Bizz Channel online atau Public Bank bagi kes yang telah berstatus sedia untuk bayaran duti.

ii. Cetak sijil setem setelah pembayaran berjaya dilaksanakan.

iii. Lekatkan sijil setem di atas dokumen perjanjian sebagai bukti duti setem telah dibayar.

7. Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya lewat membuat bayaran?

Jawapan:

Sekiranya tarikh akhir bayaran notis taksiran duti setem jatuh antara 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, bayaran masih boleh dibuat sehingga 30 April 2020. Penalti lewat bayar tidak akan dikenakan dalam tempoh berkenaan.

8. Bagaimana semakan pengesahan Sijil Setem boleh dibuat?

Jawapan:

Semakan boleh dibuat melalui:

a) https://stamps.hasil.gov.my/stamps/

ATAU

b) aplikasi telefon mudah alih

Muat turun Aplikasi Semakan Ketulenan Sijil (ANDROID / iOS)

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X