Rabu, 11 March 2020 | 1:23pm

Calon lain akan ganti Tiong King Sing - PM

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mencari calon lain untuk dilantik sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara selepas Datuk Seri Tiong King Sing mengesahkan menolak jawatan berkenaan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Walaupun Yang di-Pertuan Agong memberikan perkenan terhadap pelantikan calon awal itu, Perdana Menteri mengambil pendekatan terbuka dan menerima penolakan jawatan Ahli Parlimen Bintulu berkenaan.

“Beliau sudah kemukakan pendirian bahawa tidak mahu ambil jawatan itu, tidak mengapa kerana ia pilihannya walaupun Agong sudah memberi perkenan, tetapi jika beliau (King Sing) rasa kedudukan berkenaan tidak sesuai, tidak mengapa.

Duta Khas kepada Perdana Menteri ke China, Datuk Seri Tiong King Sing. Foto/BERNAMA
Duta Khas kepada Perdana Menteri ke China, Datuk Seri Tiong King Sing. Foto/BERNAMA

“Kita akan terima (penolakan jawatan itu), sudah pasti saya perlu cari orang lain untuk dicalonkan mengisi jawatan Timbalan Menteri Perpaduan Negara. Pada masa sama, King Sing menyatakan hasrat untuk terus berkhidmat kepada negara tetapi menerusi kapasiti lain.

“Saya akan mengadakan perjumpaan dengannya esok,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama, hari ini.

Berita berkaitan:

  • Muhyiddin sedia gaji dipotong
  • Tempoh sebulan Jemaah Menteri isytihar harta - PM
  • Kerajaan tubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi
  • Azmin pengerusikan Mesyuarat Kabinet jika PM tiada
  • Isu MA63, pindaan Perlembagaan Persekutuan akan dibincangkan segera
  • Tawaran baharu untuk Malaysia
  • Kerajaan berlaku adil kepada semua rakyat - Muhyiddin
  • Bila-bila masa, di mana saja untuk jumpa Tun M
  • Calon lain akan ganti Tiong King Sing - PM
  • Tabung COVID-19 dilancar bantu mangsa kuarantin
  • Muhyiddin pengerusikan mesyuarat Kabinet pertama
  • Senarai Kabinet 2020
  • Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap semasa sidang akhbar di Putrajaya. - Foto REUTERS
    Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bercakap semasa sidang akhbar di Putrajaya. - Foto REUTERS
    Berita Harian X