Rabu, 11 March 2020 | 1:08pm

Azmin pengerusikan Mesyuarat Kabinet jika PM tiada

PUTRAJAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Menteri Kanan, Datuk Seri Azmin Ali akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet jika Perdana Menteri tiada dalam negara.

Perdana Menteri berkata, kedudukan semua empat Menteri Kanan adalah setaraf.

“Jika saya tiada, Azmin akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet. Jika Azmin tiada, Ismail Sabri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) akan mempengerusikannya,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama beliau di sini, hari ini.

Azmin adalah seorang daripada empat yang dilantik Menteri Kanan. Beliau menjawat portfolio Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Ismail Sabri (Menteri Pertahanan); Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof; dan Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin.

Dengan pelantikan empat Menteri Kanan, buat kali pertama Kabinet Malaysia tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Berita berkaitan:

  • Muhyiddin sedia gaji dipotong
  • Tempoh sebulan Jemaah Menteri isytihar harta - PM
  • Kerajaan tubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi
  • Azmin pengerusikan Mesyuarat Kabinet jika PM tiada
  • Isu MA63, pindaan Perlembagaan Persekutuan akan dibincangkan segera
  • Tawaran baharu untuk Malaysia
  • Kerajaan berlaku adil kepada semua rakyat - Muhyiddin
  • Bila-bila masa, di mana saja untuk jumpa Tun M
  • Calon lain akan ganti Tiong King Sing - PM
  • Tabung COVID-19 dilancar bantu mangsa kuarantin
  • Muhyiddin pengerusikan mesyuarat Kabinet pertama
  • Senarai Kabinet 2020
  • Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (duduk, tengah) bergambar bersama jemaah menteri sebelum mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama kerajaan baharu di Bangunan Perdana Putra hari ini. - FotoBERNAMA
    Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (duduk, tengah) bergambar bersama jemaah menteri sebelum mempengerusikan mesyuarat kabinet pertama kerajaan baharu di Bangunan Perdana Putra hari ini. - FotoBERNAMA
    Berita Harian X