Rabu, 11 March 2020 | 12:44pm

Kerajaan berlaku adil kepada semua rakyat - Muhyiddin

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan kerajaan baharu yang dibentuk mewakili semua kaum, akan berlaku adil kepada semua rakyat.

“Saya tegaskan kepada Jemaah Menteri bahawa kerajaan kita tidak beri keutamaan kepada kumpulan tertentu masyarakat, itu tidak benar.

“Kerajaan ini diwakili semua kaum, dari Sabah dan Sarawak, kaum Melayu, Cina dan India... dan kita akan bekerja untuk semua rakyat Malaysia,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama di sini, pagi ini.

Muhyiddin juga mengulangi jaminan bahawa kerajaan akan membantu dan memberi sokongan kepada rakyat yang memerlukan.

“Ini penting untuk memberi keyakinan kepada rakyat, kita di sini untuk dambakan diri kepada semua, anggap kita adalah hamba kepada rakyat,” katanya.

Dalam hal berkaitan Sabah dan Sarawak, Muhyiddin berkata, Kabinet juga bersetuju agar mesyuarat pertama diadakan dengan Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal kedua-dua negeri itu bagi membincangkan beberapa perkara seperti Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Mesyuarat akan berbincang mengenai masalah MA63 dan mungkin pindaan Perlembagaan untuk menyempurnakan kehendak dan hajat orang-orang Sabah dan Sarawak sebagaimana termaktub dalam perjanjian itu,” katanya.

Berita berkaitan:

  • Muhyiddin sedia gaji dipotong
  • Tempoh sebulan Jemaah Menteri isytihar harta - PM
  • Kerajaan tubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi
  • Azmin pengerusikan Mesyuarat Kabinet jika PM tiada
  • Isu MA63, pindaan Perlembagaan Persekutuan akan dibincangkan segera
  • Tawaran baharu untuk Malaysia
  • Kerajaan berlaku adil kepada semua rakyat - Muhyiddin
  • Bila-bila masa, di mana saja untuk jumpa Tun M
  • Calon lain akan ganti Tiong King Sing - PM
  • Tabung COVID-19 dilancar bantu mangsa kuarantin
  • Muhyiddin pengerusikan mesyuarat Kabinet pertama
  • Senarai Kabinet 2020
  • Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang media mengenai pengumuman perlantikan jemaah menteri baharu di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah
    Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika sidang media mengenai pengumuman perlantikan jemaah menteri baharu di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya. - Foto Mohd Fadli Hamzah
    Berita Harian X