Rabu, 26 Februari 2020 | 1:54pm
TUN Dr Mahathir Mohamad hadir mempengerusikan mesyuarat bersama pegawai atasan Kementerian Kewangan pada hari ketiga memegang jawatan Perdana Menteri interim. - Foto ihsan Twitter Dr Mahathir Mohamad
TUN Dr Mahathir Mohamad hadir mempengerusikan mesyuarat bersama pegawai atasan Kementerian Kewangan pada hari ketiga memegang jawatan Perdana Menteri interim. - Foto ihsan Twitter Dr Mahathir Mohamad

Dr Mahathir pengerusikan mesyuarat pakej rangsangan ekonomi

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempengerusikan mesyuarat bersama pegawai atasan Kementerian Kewangan pada hari ketiga memegang jawatan Perdana Menteri interim.

Sebanyak empat keping gambar yang merakamkan mesyuarat membincangkan pakej rangsangan ekonomi itu dimuat naik pada jam 12.37 tengah hari di twitter @chedetofficial

“Tun Dr Mahathir Bin Mohamad baru saja selesai bermesyuarat bersama dengan pegawai atasan Kementerian Kewangan di dalam sesi perbincangan mengenai pakej rangsangan ekonomi.

“Inisiatif ini akan diumumkan tidak lama lagi,” menurut twitter berkenaan.

TUN Dr Mahathir Mohamad mempengerusikan mesyuarat bersama pegawai atasan Kementerian Kewangan pada hari ketiga memegang jawatan Perdana Menteri interim. - Foto ihsan Twitter Dr Mahathir Mohamad
TUN Dr Mahathir Mohamad mempengerusikan mesyuarat bersama pegawai atasan Kementerian Kewangan pada hari ketiga memegang jawatan Perdana Menteri interim. - Foto ihsan Twitter Dr Mahathir Mohamad

Semalam twitter sama melaporkan Dr Mahathir memulakan tugas sebagai Perdana Menteri interim di Pejabat Perdana Menteri.

BH semalam melaporkan, Dr Mahathir akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi dalam masa terdekat bagi mengurangkan impak berikutan penularan coronavirus (COVID-19).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, yang juga bekas Menteri Kewangan, dalam kenyataannya semalam, berkata sebelum ini pakej rangsangan ekonomi dijadualkan diumumkan esok.

Guan Eng dilaporkan berkata, bagaimanapun, pengumuman itu akan dibuat oleh Dr Mahathir selaku Perdana Menteri interim pada suatu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Berita Harian X