Selasa, 25 Februari 2020 | 5:00pm
Tun Dr Mahathir di pejabatnya di Putrajaya selepas dilantik semula sebagai Perdana Menteri Interim. - NSTP/Ihsan Face Book Dr Mahathir Mohammad
Tun Dr Mahathir di pejabatnya di Putrajaya selepas dilantik semula sebagai Perdana Menteri Interim. - NSTP/Ihsan Face Book Dr Mahathir Mohammad

Pakej rangsangan ekonomi akan diteruskan

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengumumkan pakej rangsangan ekonomi dalam masa terdekat bagi mengurangkan impak penularan COVID-19.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dalam kenyataannya berkata, sebelum ini pakej rangsangan ekonomi dijadual akan diumumkan Khamis ini.

Bagaimanapun, beliau berkata pengumuman itu akan dibuat oleh Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Interim pada satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

“Saya mengadakan perjumpaan dengan Dr Mahathir hari ini bagi membincangankan perkembangan politik negara," katanya.

Guan Eng berkata, antara perkara yang dibincangkan termasuklah pakej rangsangan ekonomi untuk mengatasi kesan buruk akibat COVID-19.

“Kementerian Kewangan dan saya sudah memuktamadkan pakej rangsangan ekonomi pada Ahad lalu untuk dikemukakan kepada Perdana Menteri pada keesokan harinya.

“Bagaimanapun, Dr Mahathir meletakkan jawatannya pada 24 Februari 2020,” katanya.

Berita Harian X