Isnin, 24 Februari 2020 | 6:47pm
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. - NSTP/Hairul Anuar Rahim
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

'Butiran pakej rangsangan ekonomi dibincang kemudian'

KUALA LUMPUR: Sebarang kenyataan berhubung perkembangan pengumuman pakej rangsangan ekonomi akibat COVID-19 akan dibuat kemudian.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, ketika ini fokus perlu diberi terhadap isu politik semasa yang melanda kerajaan.

“Biar saya perjelaskan mengenai senario politik semasa terlebih dahulu, (pakej rangsangan ekonomi) akan diperjelaskan kemudian.

“Biar saya tangani isu semasa kerana bukan setiap hari Perdana Menteri meletak jawatan.

“Bolehkah kita beri tumpuan pada isu ini (peletakan jawatan Perdana Menteri) dan isu dibangkitkan (pakej rangsangan ekonomi) saya akan cakap esok,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat tergempar di ibu pejabat DAP, hari ini.

Berita Harian X