Ahad, 1 Disember 2019 | 2:49pm
Antara reaksi ibu bapa dan anak-anak ketika menyertai program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH di Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria
Antara reaksi ibu bapa dan anak-anak ketika menyertai program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH di Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria
Program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH sempena Ulang Tahun BH ke-62 di Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria
Program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH sempena Ulang Tahun BH ke-62 di Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria
Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid dan Pengarang Eksekutif, Komersial dan Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman bergambar bersama anak-anak kakitangan NSTP yang menyertai program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH sempena ulang tahun BH ke-62 di Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria

Kanak-kanak kacukan Belanda sertai Jom Berkhatan Suara Komuniti BH

KUALA LUMPUR: Mahu menjalani kehidupan dewasa lebih bersih dan sihat menjadi pendorong utama Adam Bleekendaal Abdullah yang berdarah kacukan Belanda menyertai Program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH 2019.

Ketika ditemui, Adam Bleekendaal, 6, berkata dia bersetuju untuk berkhatan selepas diberikan penjelasan oleh bapanya, Vincentius Christian Bleekandaal, 46, mengenai keseluruhan proses berkenaan.

Beliau bagaimanapun mengakui gugup pada awalnya apabila terdengar jeritan dari dalam bilik khatan, selain melihat kanak-kanak keluar dari bilik khatan dalam keadaan menangis teresak-esak.

“Saya cuba kawal perasaan dan menghadapi proses berkhatan dengan tenang. Saya berada dalam bilik kira-kira 20 minit dan bersyukur kerana tidak sakit sepanjang proses khatan,” katanya.

Adam Bleekendaal (dua dari kanan) menyertai Program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH 2019 di Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria
Adam Bleekendaal (dua dari kanan) menyertai Program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH 2019 di Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria

Adam Bleekendaal adalah antara 62 kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun yang menyertai program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH 2019 di pekarangan Balai Berita, Bangsar di sini, hari ini.

Kanak-kanak berkenaan terdiri daripada anak kakitangan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Bangsar.

Program itu dianjurkan BH dengan kerjasama Pertubuhan Amal Perubatan dan Kebajikan (MediCOM), Badan Khairat NSTP serta Briged Sukarelawan Media Prima Bhd-NSTP.

Ia turut dimeriahkan dengan penampilan khas maskot Hang Omar Timor daripada Hot FM dan Profesor Kool (Kool FM), selain peserta diarak dengan paluan kompang serta persembahan silat.

Maskot Hot FM, Hang Omar Timor turut hadir sempena program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH di Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria
Maskot Hot FM, Hang Omar Timor turut hadir sempena program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH di Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria

Sementara itu, Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid, menjelaskan program berkenaan adalah tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Suara Komuniti BH, selain sempena Ulang Tahun Ke-62 BH.

Beliau berkata, ia bertujuan membantu keluarga kurang berkemampuan, selain mengeratkan hubungan silaturahim dan mendekatkan akhbar dan jenama BH dengan masyarakat setempat.

“Inisiatif dan usaha BH ini diharap dapat meringankan beban keluarga peserta dan memudahkan mereka untuk melakukan salah satu tuntutan fardu dalam Islam.

“Program ini menggabungkan rawatan moden dan sambutan secara tradisional dengan kanak-kanak akan dijunjung bapa mereka,” katanya.

Hadir sama, Pengarang Eksekutif, Komersial dan Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Ketua Komunikasi Korporat NSTP, Wan Abdillah Wan Nawi dan Setiausaha MediCOM, Abdul Razak Mohamed.

Berita Harian X