Ahad, 1 Disember 2019 | 12:33pm
Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid dan Pengarang Eksekutif, Komersial dan Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman bergambar bersama anak-anak kakitangan NSTP yang menyertai program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH sempena ulang tahun BH ke-62 di Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria

62 kanak-kanak meriahkan Jom Berkhatan Suara Komuniti BH

KUALA LUMPUR: Teruja dan gemuruh, itulah gelagat dipamerkan 62 kanak-kanak yang menyertai program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH 2019.

Kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun itu terdiri daripada anak kakitangan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Bangsar.

Program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH yang dianjurkan di pekarangan Balai Berita dekat sini, hari ini, turut dimeriahkan dengan penampilan khas maskot Hang Omar Timor daripada Hot FM dan Profesor Kool (Kool FM).

Penganjuran program itu turut mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Amal Perubatan dan Kebajikan (MediCOM), Badan Khairat NSTP serta Briged Sukarelawan Media Prima Bhd-NSTP.

Program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH sempena Ulang Tahun BH ke-62 di Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria
Program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH sempena Ulang Tahun BH ke-62 di Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria

Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid dan Pengarang Eksekutif, Komersial dan Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman bergambar bersama anak-anak kakitangan NSTP yang menyertai program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH sempena ulang tahun BH ke-62 di Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria
Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid dan Pengarang Eksekutif, Komersial dan Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman bergambar bersama anak-anak kakitangan NSTP yang menyertai program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH sempena ulang tahun BH ke-62 di Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria

Mengulas penganjuran program itu, Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid menjelaskan ia adalah tanggungjawab sosial korporat (CSR) menerusi Suara Komuniti BH, selain sempena Ulang Tahun Ke-62 BH.

Selain itu, katanya, ia bertujuan membantu keluarga kurang berkemampuan, selain mengeratkan hubungan silaturrahim dan mendekatkan akhbar dan jenama BH dengan masyarakat setempat.

“Inisiatif dan usaha BH ini diharap dapat meringankan beban keluarga peserta dan memudahkan mereka untuk melakukan salah satu tuntutan fardu dalam Islam.

“Program ini menggabungkan rawatan moden dan sambutan secara tradisional dengan kanak-kanak akan dijunjung bapa mereka sebelum diarak dengan paluan kompang,” katanya.

Hadir sama, Pengarang Eksekutif, Komersial dan Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; Ketua Komunikasi Korporat NSTP, Wan Abdillah Wan Nawi dan Setiausaha MediCOM, Abdul Razak Mohamed.

Maskot Hot FM, Hang Omar Timor turut hadir sempena program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH di Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria

Reaksi kanak-kanak ketika program Jom Berkhatan Suara Komuniti BH di Balai Berita, Bangsar.

Berita Harian X