X
Ahad, 29 September 2019 | 4:21pm

Peluang menang RM1,000 dengan Mana Bola? BH

KUALA LUMPUR: Peraduan Mana Bola? BH bermula esok, memberi peluang kepada pembaca bertuah untuk memenangi wang tunai RM1,000 dan telefon pintar setiap minggu.

Menerusi peraduan itu, pembaca perlu mengumpul enam keratan gambar aksi perlawanan bola sepak yang disiarkan dalam akhbar BH dari Isnin hingga Sabtu setiap minggu, dan meneka kedudukan bola dalam gambar berkenaan.

Pembaca perlu menggunakan borang yang disiarkan dalam akhbar BH Ahad untuk menghantar penyertaan dan pembaca yang meneka kedudukan bola paling tepat berpeluang memenangi hadiah mingguan wang tunai RM1,000 dan telefon pintar.

Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid (kiri) bersama Jurulatih Skuad Kebangsaan Bawah 23 Tahun (B-23), Datuk Ong Kim Swee (dua dari kanan) dan penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsuddin (tiga dari kiri) menyempurnakan majlis pelancaran peraduan Mana Bola? BH di Balai Berita, Bangsar. Hadir sama, Pengarang Eksekutif Komersial dan Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (dua dari kiri); Pengarang Kanan Komersial dan Ehwal Semasa BH, Salina Abdullah dan selebriti, Ryan Deedat. - NSTP/Asyraf Hamzah

Jika tiada pemenang pada minggu tertentu, hadiah akan dibawa ke minggu berikutnya sebagai hadiah terkumpul.

Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid, berkata peraduan itu adalah kesinambungan daripada program sama yang pernah dianjurkan BH satu ketika dahulu.

Katanya, peraduan yang mendapat kerjasama syarikat Landas Offshore Sdn Bhd itu dihidupkan semula dengan nama baharu, Mana Bola? BH, bertujuan menambah minat orang ramai terhadap bola sepak, sekali gus meningkatkan mutu sukan berkenaan di negara ini.

“Di samping menjayakan sukan bola sepak, BH juga mengambil kesempatan untuk mengajak pembaca menjadi Rakan BH dengan mendaftar menggunakan QR Code yang akan disiarkan dalam akhbar BH.

“Sebagai Rakan BH, pembaca berpeluang menyertai pelbagai program pada masa depan seperti sukan dan pendidikan menerusi seminar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berjaya melahirkan pelajar cemerlang,” katanya pada Majlis Pelancaran Peraduan Mana Bola? BH di Balai Berita, hari ini.

Datuk Ong Kim Swee (kiri) bersama Rita Rudaini serta pemain muda kebangsaan, Luqman Shamsudin (kanan) bergambar bersama poster Mana Bola? selepas pada majlis pelancaran peraduan Mana Bola? BH, di Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Aswadi Alias

Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid (kiri) bersama Pengarang Eksekutif Komersial dan Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (dua dari kanan) turut menyertai acara zumba pada majlis pelancaran peraduan Mana Bola? BH, di Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Aswadi Alias

Lolipop Fitness mengendalikan acara zumba pada majlis pelancaran peraduan Mana Bola? BH, di Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Asyraf Hamzah

Datuk Ong Kim Swee menandatangani di kasut bola pemain yang menyertai perlawanan persahabatan pada majlis pelancaran peraduan Mana Bola? BH, di Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Aswadi Alias

Turut hadir, Pengurus Besar Pengiklanan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Jeannie Leong; Pengarang Eksekutif Komersial dan Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman; jurulatih skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee dan pemain skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin.

Terdahulu, majlis yang dikendalikan hos kapsul kesihatan dan kecergasan terbaru BH, Fit.Co, Locco, bermula dengan sesi senaman oleh Lolipops Fitness, disusuli perlawanan futsal persahabatan antara pasukan NSTP menentang pasukan dianggotai selebriti terkenal seperti Aiman Tino, Harris Annuar, Adam Lee, Ryan Deedat, Heedan Mohd, Ashraff dan Apit Projector Band, yang mewakili Mana Bola? BH.

Empat pasukan bawah 12 tahun turut menyertai perlawanan futsal persahabatan itu, iaitu pasukan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tunku, SK Puchong Utama 2, SK Petaling 2 dan Kelab Bola Sepak RR Cougars FC yang ditubuhkan pelakon terkenal, Rita Rudaini.

Mulai esok, pembaca BH berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM1,000 dan telefon pintar menerusi peraduan Mana Bola? BH, yang disiarkan akhbar BH. Jangan lepaskan peluang!!!
Mulai esok, pembaca BH berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM1,000 dan telefon pintar menerusi peraduan Mana Bola? BH, yang disiarkan akhbar BH. Jangan lepaskan peluang!!!

Lolipop Fitness mengendalikan acara zumba pada majlis pelancaran peraduan Mana Bola? BH, di Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Asyraf Hamzah
Lolipop Fitness mengendalikan acara zumba pada majlis pelancaran peraduan Mana Bola? BH, di Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Asyraf Hamzah
Lolipop Fitness mengendalikan acara zumba pada majlis pelancaran peraduan Mana Bola? BH, di Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Asyraf Hamzah
Lolipop Fitness mengendalikan acara zumba pada majlis pelancaran peraduan Mana Bola? BH, di Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Asyraf Hamzah
Lolipop Fitness mengendalikan acara zumba pada majlis pelancaran peraduan Mana Bola? BH, di Balai Berita, Bangsar. Mulai esok, pembaca BH berpeluang memenangi hadiah wang tunai RM1,000 dan telefon pintar menerusi peraduan Mana Bola? BH. - NSTP/Aswadi Alias

Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid bersama Pengarang Eksekutif Komersial dan Ehwal Semasa BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman serta Jurulatih Skuad Kebangsaan B-23, Datuk Ong Kim Swee bergambar bersama peserta perlawanan futsal selepas pada Majlis Pelancaran Peraduan Mana Bola? BH di Balai Berita, hari ini. - NSTP/Asyraf Hamzah

Berita Harian X