Selasa, 14 Mei 2019 | 9:08pm

PIDM rai kakitangan editorial NSTP

KUALA LUMPUR: Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) mengadakan majlis berbuka puasa bersama lebih 200 warga kerja editorial The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) di Balai Berita di sini, hari ini.

Majlis bertujuan merapatkan hubungan PIDM dengan warga kerja NSTP diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif PIDM, Rafiz Azuan Abdullah bersama lebih 10 kakitangannya.

Yang turut hadir, Pengarah Eksekutif, Operasi Berita dan Editorial, Media Prima Berhad, Mustapha Kamil Mohd Janor serta Ketua Pegawai Kewangan PIDM, Wan Ahmad Ikram Wan Ahmad Lotfi

PEMAIN Tottenham Hotspur, Lucas Moura.
PEMAIN Tottenham Hotspur, Lucas Moura.

NAIB Presiden Kewangan dan Operasi Subsidiari Avisena, Ahmad Tazilan Mokhtar.
NAIB Presiden Kewangan dan Operasi Subsidiari Avisena, Ahmad Tazilan Mokhtar.

Terdahulu, rombongan PIDM turut diberikan taklimat ringkas mengenai operasi editorial NSTP dan bertukar pandangan mengenai perkembangan terbaharu media arus perdana bersama Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid; Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Rashid Yusof dan Pengarang Kumpulan Harian Metro, Tuan Mohd Asri Tuan Hussein.

PENGARAH Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Berhad, Mustapha Kamil (tiga kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif PIDM, Rafiq Azuan Abdullah (dua kiri), Pengarang Kumpulan Harian Metro (HM), Tuan Mohd Asri Tuan Hussein (dua kanan) dan Pengarang Kumpulan News Straits Times, Rashid Yusof (tiga kanan) berbuka puasa bersama sempena lawatan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) Majlis Berbuka Puasa bagi meraikan kakitangan editorial NSTP di Balai Berita, Bangsar. - Foto Zulfadhli Zulkifli.

Berita Harian X