Sabtu, 27 April 2019 | 12:07pm
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri Mesyuarat Meja Bulat Pemimpin pada hari terakhir Forum Belt and Road (BRF) Bagi Kerjasama Antarabangsa, di Yanqi Lake International Convention Center. - Foto BERNAMA

Dr M sertai pemimpin dunia dalam sesi meja bulat BRF

BEIJING: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri Mesyuarat Meja Bulat Pemimpin pada hari terakhir Forum Belt and Road (BRF) Bagi Kerjasama Antarabangsa, di Yanqi Lake International Convention Center.

Turut hadir ialah 36 pemimpin dunia lain, wakil kanan dari pelbagai negara termasuk United Kingdom dan Jepun serta Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres dan Pengarah Urusan, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde.

Lebih ramai ketua-ketua kerajaan menyertai BRF tahun ini berbanding hanya 29 ketika kali pertama diadakan pada 2017.

Tumpuan sesi mesyuarat meja bulat tahun ini adalah mengenai pelaburan hijau dan inovasi, selain turut menyasarkan untuk meningkatkan koordinasi pembangunan antara Afrika dan Eropah.

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan Presiden China, Xi Jinping ketika menghadiri Mesyuarat Meja Bulat Pemimpin pada hari terakhir Forum Belt and Road (BRF) Bagi Kerjasama Antarabangsa, di Yanqi Lake International Convention Center. - Foto BERNAMA

Presiden China Xi Jinping dalam ucapan pembukaannya berkata, beliau berharap dapat bekerjasama dengan semua pihak dalam pembangunan berkualiti tinggi yang mana semua pihak akan mendapat faedah.

Beliau menegaskan mengenai ‘pelaksanaan yang berorientasikan hasil’ daripada projek Inisiatif Belt and Road (BRI) dan mereka harus ‘hijau, bersih dan standard tinggi’.

Pada akhir sesi meja bulat itu, satu kenyataan bersama akan dikeluarkan untuk menggariskan pelan hala tuju untuk negara-negara yang terbabit dengan inisiatif China itu serta mencapai kesepakatan politik.

Dr Mahathir adalah antara beberapa ketua kerajaan dan satu-satunya dari ASEAN yang dijemput untuk menyampaikan ucapan pada pembukaan forum semalam, di mana beliau menjanjikan sokongan penuh untuk BRI.

“Ya. Idea Belt and Road ini sangat bagus,” katanya kepada wakil dari lebih 130 negara yang berkumpul di sini untuk acara itu.

Semua 10 pemimpin ASEAN berada di forum tahun ini dan Dr Mahathir juga akan berkongsi pandangannya pada sesi meja bulat.

Di bawah BRI atau ‘yi dai yi lu’ seperti yang dikenali di China, negara itu berharap untuk mencipta semula Laluan Sutera yang pada zaman dahulu yang menghubungkan Asia dengan Eropah.

PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri Mesyuarat Meja Bulat Pemimpin pada hari terakhir Forum Belt and Road (BRF) Bagi Kerjasama Antarabangsa, di Yanqi Lake International Convention Center. - Foto BERNAMA
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri Mesyuarat Meja Bulat Pemimpin pada hari terakhir Forum Belt and Road (BRF) Bagi Kerjasama Antarabangsa, di Yanqi Lake International Convention Center. - Foto BERNAMA

Berita Harian X